・・・
Sekitar pertengahan tahun 2007, saya di hantar ke Melbourne untuk menjalani latihan bersama skuad Elit dibawah kendalian jurulatih John Beasley. Suatu hari di hujung minggu tu, saya pergi ke Sunday Market sekitar Melbourne, bukanlah untuk membeli apa-apa pun tetapi sekadar untuk cuci mata tengok barang-barang yang dijual serta suasana kemeriahan market tersebut.
.
Pusing punya pusing sekali ternampak ada orang jual buku-buku terpakai. Saya bukanlah ulat buku, tetapi saya suka buku dan bahan bacaan. Saya pun tercegat di hadapan tu sambil meneliti buku-buku yang terhidang untuk orang yang lalu lalang. Tidak lama selepas itu, mata saya tergoda oleh satu naskah yang agak tebal dan gambar kulit hadapannya sahaja sudah cukup membuatkan saya jatuh hati.
.
Saya buka naskah tersebut lalu saya selak sehelai demi sehelai. Setiap selakan membuatkan saya terpegun, kagum dan kecanduan. Cerita, potret yang terpapar serta maklumat dalam naskah tersebut cukup sinonim dengan kemahuan saya, kehendak saya dan mungkin sebuah cita-cita dari seorang anak kampung yang berasal dari Dungun, Terengganu pada ketika itu.
.
“Can i have this book? How much does it cost mate?” Tanya saya dengan penuh minat.
“For you? I give just 5 bucks mate” balas penjual tersebut.
“Alright, appreciate it mate, thanks. Here’s the 5 bucks” kata saya sambil menghulur kan 5 keping duit syiling 1 dollar kepada nya.
.
Kompilasi cerita dan gambar dari Sukan Olimpik Sydney 2000. Itu lah tajuk naskah terpakai yang saya beli dengan duit syiling yang saya simpan untuk membayar parking di kota Melbourne.
Dengan penuh kegembiraan saya beransur pulang sambil memasang impian dan cita-cita untuk beraksi di Sukan Olimpik suatu hari nanti.
.
If your dream don’t scare you
They aren’t big enough
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang